DALAM buku saya yang berjudul Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-Tokohnya di Nusantara terbitan Al-Ikhlas, Surabaya, 1980, kisah Tok Pulai Chondong telah dibicarakan secara ringkas. Selain itu riwayat hidup Tok Pulai Chondong juga pernah dimuatkan dalam majalah Pengasuh terbitan Kota Bharu, Kelantan, bilangan 45 September 1979/ Syawal 1399. Selain kedua-dua riwayat tersebut terdapat beberapa penulisan oleh para pengkaji tentang ulama sufi yang berasal dari Pulai Chondong, Kelantan itu.
Penulisan yang paling lengkap dan terkini adalah yang diusahakan oleh Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof dalam kertas kerja berjudul ‘Tok Pulai Chondong: Riwayat Hidup dan Sumbangan dalam Pendidikan Islam di Kelantan’. Kertas kerja tersebut dibentang dalam Nadwah Ulama III pada 15 hingga 17 April 2006 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Perlu juga saya sebutkan di sini bahawa nama sebenar Tok Pulai Chondong ialah Abdus Shamad. Terdapat sekurang-kurangnya dua ulama terkenal yang bernama demikian di Kelantan. Yang seorang lagi ialah Abdus Shamad yang digelar orang dengan nama ‘Tuan Tabal’.Selain gelaran yang berbeza nama orang tua juga berbeza. Nama orang tua Tuan Tabal ialah Muhammad Salleh al-Kalantani. Beberapa orang yang bercerita tentang kedua-dua ulama tersebut tidak dapat membezakan antara keduaduanya.ASAL USUL
Rencana minggu ini tetap merujuk kepada tulisan saya dalam buku terbitan 1980 itu, sekali gus dilengkapi dengan petikan yang dibicarakan dalam kertas kerja Nadwah Ulama III yang disebut di atas.Nama lengkap Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (selanjutnya disingkatkan Tok Pulai Chondong saja). Lahir semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207 H/1792 M.Beliau ialah saudara dua pupu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Mengenai tulisan saya (pada tahun 1980) yang belum sempat saya bahas, tiba-tiba Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof memberikan maklumat yang lebih lengkap (pada tahun 2006) bahawa Haji Hasyim (datuknya) berasal daripada keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera, yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18. Saya tidak bermaksud membantah tentang cerita ini, cuma saya masih meragukan perkataan ‘Sultan Ahmad Minangkabau’. Kemungkinan sebenarnya ialah Sutan Ahmad Minangkabau. Perkataan ‘Sultan’ dengan ‘Sutan’ mengandungi pengertian yang berbeza. Istilah ‘Sutan’ banyak digunakan pada pangkal nama orang-orang yang berasal dari Minangkabau walaupun mereka tidak memerintah dalam kerajaan.Yang saya bicarakan pada perenggan ini adalah dipetik dan diringkaskan daripada tulisan Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof. “Setelah belajar di Patani beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf’ kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.“Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit itu, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu....” Demikianlah diringkaskan daripada kertas kerja Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof.PENDIDIKANTok Pulai Chondong setelah belajar daripada ayah dan datuknya sendiri menurut pengajian sistem tradisional Patani. Beliau juga pernah belajar di Pondok Pauh Bok, Patani daripada Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin al-Fathani. Selanjutnya pergi ke Mekah pada tahun 1223 H/1808 M. Di sana beliau belajar kepada Tuan Guru Haji Adam. Riwayat yang sahih ramai orang menceritakan bahawa Tok Pulai Chondong ialah murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Baik masih berada di Pondok Pauh Bok, mahupun setelah di Mekah, beliau bersahabat dengan beberapa orang antaranya ialah Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani (yang kemudian dikenali dengan nama Tuan Hasan Besut). Juga saudaranya Syeikh Wan Ali bin Wan Ishaq al-Fathani. Sewaktu belajar di Mekah, Tok Pulai Chondong juga bersahabat dengan Syeikh Abdul Malik bin Isa Terengganu, Syeikh Wan Musa dan ramai lagi.Setelah menetap beberapa tahun di Mekah, Tok Pulai Chondong pulang ke Kelantan. Seterusnya Tok Pulai Chondong menyebarkan pengetahuannya dalam tiga cabang pengetahuan iaitu usuluddin, fiqh dan tasawuf. Tidak berapa lama di Kelantan Tok Pulai Chondong berangkat pula ke Mekah dalam tahun 1256 H/1840 M melanjutkan pelajarannya kerana dirasakan bahawa beliau masih perlu belajar lagi, bukan mengajar. Padahal dalam penilaian beberapa orang ulama, Tok Pulai Chondong yang dalam bidang tasawuf sebenarnya memang layak mengajar bukan belajar.Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof menulis bahawa pada tahun tersebut Tok Pulai Chondong pergi ke Mesir menziarahi makam Imam Syafie bersama sahabatnya, Tuan Hasan Besut. Kisah ini merupakan maklumat baru, dan sekali gus menggambarkan persahabatan yang sangat rapat antara Tok Pulai Chondong dengan Tuan Hasan Besut yang terkenal itu.Masih dalam konteks ini, Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof juga menulis, “ada pendapat lain yang menyatakan bahawa Tok Pulai Chondong telah pergi ke Mekah buat kali kedua pada tahun 1278 H/1861 M bersama anaknya Muhammad Arsyad yang berusia 13 tahun. Pada kali inilah beliau telah mengambil peluang menziarahi kubur Imam Syafie.”AKTIVITIMakin bertambah banyak pengetahuannya di bidang tasawuf makin bertambah kuatlah Tok Pulai Chondong beramal. Sebenarnya memang sejak kecil Tok Pulai Chondong ialah seorang yang memang mempunyai ciri-ciri khusus tentang amalan itu. Pada masa tuanya beliau terkenal sebagai seorang sufi yang warak, banyak membaca pelbagai wirid dan zikir. Zikir jihar dan zikir sirr semuanya beliau kerjakan dengan tekun sepanjang siang dan malam.Doa yang paling sering diamalkannya ialah Hizb al-Bahri yang sanadnya bersambung dengan pengamalnya yang mula-mula iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan asy-Syazili. Hizb al-Bahri telah beliau ijazahkan kepada beberapa muridnya di Mekah.Antaranya ialah orang Arab bernama Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan. Syeikh Ahmad ad-Dihan mengijazahkan pula kepada Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani menulis doa tersebut dalam sebuah kitab yang diberi judul Lum'ah al-Aurad. Daripada sini ia tersebar dan banyaklah orang mengamalkan Hizb al-Bahri melalui penerimaan ijazah daripada seorang guru ke seorang guru hinggalah ke hari ini.Aktiviti Tok Pulai Chondong yang diserlahkan oleh Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof dalam kertas kerjanya antara lain termasuk menjadi pelopor kepada pembangunan Kampung Pulai Chondong apabila beliau membuka penempatan baru yang tidak berjauhan dari Kampung Bukit, iaitu Kampung Bilal Talib.Tok Pulai Chondong mendirikan sebuah surau yang akhirnya menjadi sebuah tempat pengajian sistem pondok. Mereka yang belajar ilmu di situ datang dari pelbagai pelosok nusantara seperti Kampar, Sumatera, Kemboja, Patani, Terengganu, negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu sendiri dan lain-lain. Pondok Tok Pulai Chondong telah didirikan oleh Tok Pulai Chondong pada tahun 1820.Berdasarkan tahun berdirinya pondok itu, maka para sejarawan Malaysia berkesimpulan bahawa Pondok Pulai Chondong merupakan pondok terawal di Kelantan.Setelah Tok Pulai Chondong dilantik menjadi imam di Kampung Bukit dan berhasil membuka Kampung Bilal Talib, Tok Pulai Chondong membina pula masjid. Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof menulis bahawa “kebetulan di pinggir kampung tersebut terdapat sebuah pokok Pulai yang besar lagi condong maka Tok Pulai Chondong mengambil sempena keadaan pokok itu lalu menamakan perkampungan tersebut dan kawasan sekitarnya sebagai Kampung Pulai Chondong.Walau bagaimanapun, masjid yang dibina tersebut telah terbakar pada 1820 M dan ia kemudian dipindahkan ke Kampung Surau iaitu tempat terletaknya masjid itu pada masa sekarang. Pada tahun 1856, masjid tersebut sekali lagi terbakar dan dengan kerjasama anak-anak mukim tempatan, Tok Pulai Chondong mendirikan sebuah masjid lain di tepi Sungai Pulai Chondong yang terletak tidak jauh dari tempat terbakarnya masjid tersebut.Masjid yang baru didirikan ini kemudiannya dilengkapkan dengan mimbar, gendang dan menara. Sehingga kini menara Masjid Pulai Chondong masih lagi merupakan objek kemegahan tempatan yang dibina oleh Tok Pulai Chondong pada 1856.Tok Pulai Chondong juga dilantik oleh Sultan Muhammad II sebagai guru di istana untuk mengajar Raja Perempuan tentang agama Islam. Sumbangan Tok Pulai Chondong yang dapat dilihat selain mengasaskan institusi pendidikan dan pengembangan syiar Islam ialah beliau juga berjaya mengubah corak kehidupan masyarakat Kelantan ketika itu yang masih jahil sehingga menjadi masyarakat yang berilmu dan patuh terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya.KETURUNANWan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof juga mendokumentasikan bahawa Tok Pulai Chondong mempunyai tiga orang adik-beradik. Mereka ialah Halimah, Abd. Rahman dan Tok Pulai Chondong sendiri. Halimah iaitu yang sulung kahwin dengan orang Kubang Kiat, Kota Bharu dan selepas itu menetap di Labok yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Pulai Chondong.Di antara tiga adik beradik itu hanya Tok Pulai Chondong yang mewarisi jejak langkah ayah dan datuknya sebagai ulama. Diriwayatkan bahawa Tok Pulai Chondong mempunyai empat orang isteri. Nama-nama mereka ialah Mek Mendusa, Bi'ah, Thamani dan Zaleha. Tok Pulai Chondong dikurniakan 16 anak. Empat daripadanya meninggal dunia ketika masih kecil manakala 12 anakTok Pulai Chondong terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga perempuan iaitu:1. Haji Abdul Hamid2. Haji Abdul Syukur3. Haji Abdul Aziz4. Haji Umar5. Haji Muhammad Said6. Haji Taib7. Hajah Siti Mariam8. Haji Muhammad Arsyad9. Haji Abdullah10. Haji Muhammad11. Hajah Zainab12. Hajah Ummu Maimunah
Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof mencatatkan pula bahawa hasil perkahwinan Tok Pulai Chondong dengan Thamani memperoleh empat anak iaitu Haji Taib, Haji Abdul Syukur, Haji Muhammad Arsyad dan Haji Abdul Aziz. Anak-anak Tok Pulai Chondong yang lain tidak dapat diketahui daripada isteri-isteri beliau yang mana.Oleh: ALMARHOUM SYEIKH WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH R.A
Saturday, July 5, 2008
Tuesday, July 1, 2008
Anak Durhaka
Ada seorang anak lelaki tunggal, hanya saja mulutnya suka bicara kotor dan kasar. Dia selalu melemparkan celaan dan mengumpat orang tuanya tanpa memperhatikan perasaan mereka, sering durhaka, dan meremehkan ajaran agama Islam. Bahkan, tidak pernah taat atau memuliakan keduanya. Selalu saja menyakiti hati dengan kata-kata yang pedas. Kedurhakaannya semakin meningkat setelah ayahnya meninggal dunia. Ia berhati kasar terhadap sang ibu. Ibunya yang menderita ini selalu saja menyampaikan nasihat kepada anak tunggalnya agar tidak berkawan dengan teman-teman yang buruk akhlaknya karena mereka itulah yang menyebabkan anak tunggalnya jauh dan ajaran agama, tidak berakhlak mulia, ketinggalan pelajaran, dan sifat jelek lainnya. Namun, anak tunggal ini tidak pernah mendengar nasihat ibunya. Bahkan, melemparkan kata-kata menyakitkan yang keluar dari hati yang keras membatu. Jika ibunya tidak berhenti menasihatinya, maka ia mengancam akan lapor kepada paman-pamannya agar mereka memberi pelajaran kepada ibunya. Namun, ia malah mencela paman dan bibinya, padahal ia telah berumur 24 tahun. Usia yang tidak seorang pun bisa mengendalikan keinginannya sebab ia dapat melawan siapa saja.Semakin hari ia semakin durhaka kepada ibunya dengan melemparkan kata-kata kotor dan menyakitkan. Suatu hari saat setan telah berhasil menguasai nafsunya, ia mengambil sandal dan melemparkannya ke arah ibunya tanpa perasaan dosa atau bersalah. Sandal itu tepat mengenai punggung si ibu. Kemudian, si ibu menangis dan menyesali nasibnya. Saking sakitnya, si ibu menyumpahi anaknya, walaupun dengan bercucuran air mata. Pada tengah malam anak yang durhaka itu baru pulang ke rumah setelah bermain-main dengan kawan-kawannya yang jahat, lalu masuk kamar dan tidur pulas.Keesokan harinya, ketika ia bangun tidur, tiba-tiba ia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya.... Tangan yang digunakan untuk melempar ibunya dengan sandal. Ya benar, sama sekali tangannya tidak dapat digerakkan!! Tangan kanannya lumpuh. Kemudian, ia menutup pintu kamar tidurnya dengan keras dan menangisi nasib dirinya atas perbuatan dosanya terhadap sang ibu. Mengetahui musibah yang menimpa anak tunggalnya, si ibu merasa kasihan karena tidak bisa berbuat apa-apa, lalu beliau mendoakan agar Allah memberi kesembuhan kepada anak tunggalnya.Bagaimana bisa terjadi sehingga anak itu tega melempar ibu kandungnya dengan sandal? Sesungguhnya manusia yang paling bodoh sekalipun tidak mungkin melakukan perbuatan dosa seperti itu. Hal tersebut tidak dilakukan manusia terhadap binatang kesayangannya karena belas kasih! Sudah hilangkah ajaran agama dan hati nuraninya?Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melarang hamba-Nya untuk berkata "ah" kepada kedua orang tuanya, dan agar berlemah lembut dan sopan-santun terhadapnya. Bagaimana nasib seseorang yang berbuat dosa terhadap kedua orang tuanya, seperti, melemparnya dengan sandal? Apakah mungkin dikatakan ia masih memegang nilai-nilai Islam? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,''Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu-bapaknya. Ibunya mengandungnya dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun, ia berdoa, 'Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada Ibu-bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang salih yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. "(Al-Ahqaf: 15).Sumber: Kama Tadinu Tudanu
Anak Kecil Yang Takut Api Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti.
Monday, June 30, 2008
JADILAH RAJA
Hasil karya : rowhoney)
Dalam pencarianku untuk mendapatkan pekerjaan tetap, aku telah memohon sebagai Jurulatih Program Khidmat Negara (PKN). Alhamdulillah, permohonanku diterima. Aku telah dipilih untuk menghadiri kursus Jurulatih PKN bagi modul Pembinaan Karektor di Cybertel, Kajang, Selangor.Kursus tersebut sememangnya memberikan aku satu pengalaman baru dan unik yang tidak mungkin akan ku lupakan seumur hidup. Kursus yang dijalankan selama dua minggu itu dibahagikan kepada dua modul iaitu Modul 1 untuk ?Melahirkan yang Terbaik daripada Diri Sendiri? dan Modul 2 pula lebih tertumpu kepada ?Melahirkan yang Terbaik daripada Pihak Lain?. Sepanjang minggu pertama selama lima hari di sana, setiap bakal jurulatih telah menjalani kursus yang berbentuk experiential iaitu kami sendiri menjadi peserta PKN dan mengambil bahagian dalam setiap latihan dan aktiviti untuk modul tersebut. Minggu kedua pula yang juga berlangsung selama lima hari merupakan waktu untuk kami berlatih dan mempersiapkan diri bagi menjalankan sesi latihan yang sebenar kepada peserta PKN kelak.Pendekatan kursus seperti ini adalah lebih berkesan apabila kami merasai sendiri bagaimana keadaannya di tempat peserta PKN yang perlu menjalani latihan dan aktiviti yang pelbagai dalam modul ini. Modul Pembinaan Karektor telah direka dengan kreatif melalui pelbagai jenis permainan yang unik dan tidak kurang juga melucukan untuk dimainkan oleh khalayak pada peringkat umur dewasa. Salah satu permainan yang mendapat tempat di hatiku dinamakan Telur-Ayam-Dinasor-Raja. Dalam kursus ini, ia lebih dikenali dengan nama Inggerisnya iaitu Egg-Chicken-Dinasour-King, ini kerana bagi modul Pembinaan Karektor, kumpulan tenaga pengajarnya adalah dari peringkat antarabangsa. Jurulatih yang bertanggungjawab melatih kami pada waktu itu bernama Edwina, seorang tenaga pengajar dari Kanada yang berbangsa Cina. Beliau mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang motivasi dan kaunseling. Dengan pengalamannya di banyak negara sebelum ini, beliau telah berjaya menarik minat dan penyertaan kami yang pada awalnya agak keberatan untuk turut serta melakukan pelbagai aktiviti yang kadangkala di luar jangkaan. Kesungguhannya melatih dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan kami membuatkan semangat kami berkobar-kobar untuk menjayakan PKN yang pertama kali dilaksanakan di negara ini. Berbalik kepada ceritaku tentang permainan tadi, secara teknikalnya permainan ini dimainkan dalam satu kumpulan yang dinamakan skuad. Kelas kami yang seramai 120 orang pada waktu itu telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu seramai 30 orang untuk setiap skuad.Dalam keadaan duduk di atas lantai, Edwina telah mengarahkan kami untuk membuat bentuk telur. Ramai di antara kami yang melakukannya dengan kedua belah telapak tangan membentuk objek bujur seakan telur namun apa yang dikehendaki dalam permainan ini ialah kami perlu menggunakan ekspresi badan sepenuhnya untuk membentuk sebiji telur. Maka, dengan kedudukan di atas lantai, kedua lutut bengkok merapati dada, setiap daripada kami perlu meletakkan dagu di atas lutut dan kedua belah tangan menutup kepala. Setelah Edwina berpuashati melihat 120 ?orang? telur di hadapannya, kami diarahkan pula untuk berlagak seperti ayam. Jadi, dalam keadaan mencangkung, kami semua yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia 20an hingga 50an terpaksa melakukan aksi seekor ayam. Kedua belah tangan mengibas seperti kepak dan mengeluarkan suara kokokan ayam. Ada juga yang malu-malu. Tidak kurang pula yang bersungguh-sungguh berkokok seperti seekor ayam jantan mengejutkan tuannya pada waktu pagi. Tidak cukup dengan itu, kami seterusnya dikehendaki beraksi sebagai dinasor! Inilah bahagian yang paling melucukan. Tidak pernah aku bayangkan untuk beraksi sedemikian di hadapan orang ramai. Terbeliak juga mataku melihat Edwina tanpa segan silu melakukan demo aksi tersebut untuk diikuti oleh kami. Lutut perlu dibengkokkan sedikit, tangan kanan diletakkan di hadapan seolah-olah leher dan kepala dinasor tersebut dan tangan kiri pula diletakkan di belakang sebagai ekor. Aksi ini lebih melucukan apabila kami perlu berjalan dengan menggerakkan kedua belah tangan yang di atas dan bawah tadi ke arah depan dan belakang. Bagaikan tarian dengan pakaian ala zaman firaun tetapi secara melintang.Setiap kali mengingatkan pengalaman tersebut, aku pasti akan ketawa sendiri. Bayangkan golongan guru, pensyarah, pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan tidak terkecuali juga pesara tentera dan surirumah pada usia 40an dan 50an melakukannya. Aku sendiri pada usia 20an agak malu-malu untuk beraksi sedemikian terutamanya di hadapan peserta kursus yang berlainan jantina. Tiada siapa yang berpeluang untuk control handsome dan cun ketika itu.Jika diikutkan hati mungkin ramai yang enggan menyertai permainan ini namun apabila difikirkan bahawa kami sendiri yang akan mengajarnya kepada para peserta PKN nanti maka demi tanggungjawab untuk menghasilkan yang terbaik, perasaan malu dan ego perlu diketepikan.Aksi terakhir bagi permainan ini ialah menjadi raja. Inilah aksi yang ditunggu-tunggu untuk permainan ini. Setiap orang dikehendaki berdiri dengan gahnya sambil terdongak sedikit. Kedua belah tangan menyilang di dada dan ketawa terbahak-bahak umpama seorang raja yang sedang dihiburkan oleh khadam istana. Setelah mempelajari keempat-empat aksi tersebut, kini tibalah masa untuk permainan yang sebenar. Edwina yang pada ketika itu berada dalam bulatan salah satu skuad telah memanggil dua orang peserta lelaki untuk demo permainan Oo-som. Permainan ini sememangnya biasa dimainkan semasa peringkat umur kanak-kanak. Pemain akan menunjukkan tangan dalam bentuk objek gunting, kertas atau batu kepada pihak lawan. Gunting akan menang dengan kertas. Kertas menang ke atas batu dan batu pula menang ke atas gunting.Pada waktu itu, peserta yang kalah dalam demo tersebut secara tidak sengaja telah mengeluarkan perkataan ?Oh! Sh**!? dari mulutnya. Edwina pantas meningkah, ?No! No! No!... in National Service, you don?t say that kind of word in front of the kids, you should say, ?Oh, love!? or ?Oh, care!?...?, walaupun ketawa mendengar gurauan itu, jauh di sudut hati, aku tersedar betapa tinggi tanggungjawab kami nanti, bukan saja untuk menjalankan tugas sebagai jurulatih, malah setiap tutur kata dan tingkah laku kami akan menjadi contoh kepada para peserta.Edwina menerangkan bahawa setiap pemain akan bermula sebagai telur. Cari telur yang lain dan mainkan Oo-som. Yang menang akan menjadi ayam dan cari pula ayam yang lain untuk pusingan Oo-som yang kedua. Telur yang kalah akan kekal sebagai telur dan cari telur yang lain dan mencuba nasib sekali lagi. Ayam yang menang akan menjadi dinasor manakala yang kalah akan turun semula sebagai telur dan cuba lagi untuk menang. Dinasor yang kalah pula akan turun semula ke peringkat ayam. Dinasor yang menang akan terus menjadi raja dan berdiri di luar kawasan permainan sambil ketawa memerhatikan telur, ayam dan dinasor lain yang berlawan sesama sendiri. Aku bernasib baik pada ketika itu kerana hanya gagal dalam perlawanan Oo-som yang pertama dan menang dalam tiga perlawanan seterusnya. Simboliknya permainan ini yang menarik minatku. Apa yang boleh diterjemahkan daripada watak telur, ayam, dinasor dan raja ini sebenarnya adalah peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh kita dalam hidup ini. Agak mengecewakan apabila ada segelintir peserta PKN yang enggan bermain dan ada pula yang bermain tapi walaupun gagal semasa menjadi telur, mereka terus berlagak sebagai raja. Remaja pada usia belasan tahun sememangnya agak nakal dan perlu dibentuk dengan pendekatan psikologi yang halus. Aku sendiri masih ingat keadaan diriku ketika usia tersebut. Perasaan tidak sabar untuk menjadi dewasa agak menguasai fikiran. Zaman persekolahan yang ditinggalkan bagaikan telah mempersiapkan diriku sepenuhnya untuk menjadi seorang dewasa. Namun, pada usia meniti 25 tahun ini, aku sedar masih banyak yang perlu ku tempuh dan pelajari. Ilmu tentang hidup ini tidak pernah putus. Setiap hari ada saja perkara baru yang akan menjadi salah satu episod kehidupanku. Permainan ini menyedarkan aku bahawa tidak ada jalan pintas dalam hidup ini. Jika ada sekalipun, ia mungkin dilakukan dengan menyalahi peraturan dan undang-undang. Setiap daripada kita akan mula memasuki kehidupan yang sebenar sebagai ?telur?. Di peringkat paling rendah kita belajar dan berusaha untuk naik ke atas. Langkah demi langkah. Kita harus menempuh setiap cabaran dengan bijak dan sabar. Kemenangan mengatasi cabaran dan dugaan yang dilalui akan membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun berjaya ke peringkat yang telah hampir dengan kejayaan, dengan sedikit kesilapan kita boleh jatuh semula. Untuk mencapai matlamat hidup, kita perlu bangkit juga. Berjuang sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Cuba menjadi seorang manusia yang unggul.Permainan ini juga membayangkan unsur-unsur survival dalam hidup. Dunia yang semakin mencabar hari ini, memerlukan kita bersaing secara sihat. Perasaan takut dan malu harus diketepikan namun perjuangan yang dilakukan masih perlu berlandaskan maruah dan etika yang murni supaya kejayaan yang dicapai itu bernilai bukan saja di dunia malah untuk bekalan di akhirat kelak. Yang tidak mudah patah semangat dan yakin akan berusaha sehingga berjaya mencapai apa yang diinginkan. Setiap daripada kita akan berpeluang menjadi ?raja? cuma usaha dan masa yang akan membezakannya. Tuah seseorang juga dikatakan boleh menjadi penentu kejayaannya. Oleh itu berusahalah untuk menjadi insan yang berjaya. Jadilah Raja. Raja yang bijak menguruskan aset yang dikurniakan oleh Maha Pencipta kepadanya. farzishha2004

Sunday, June 29, 2008
Keramat Seorang Wanita
Syeikh Sariy Saqaty r.a adalah seorang alim dan ulamak yang abrar. Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang datang dari merata pelusuk. Salah seorang daripada muridnya adalah seorang wanita yang solihah, jujur dan sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah. Wanita ini mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad. Anaknya telah diserahkan kepada seorang guru untuk mempelajari ilmu-ilmu agama dan mengaji Al-Quraan.
Pada suatu hari guru agama ini pergi ke tepi sungai Dajlah bersama-sama anak wanita tadi untuk megambil angin sambil bersiar-siar. Ketika guru itu duduk sambil berehat, anak wanita tadi bermain-main di tebing sungai dan tidak di sedari bahawa anak itu telah terun ke dalam sungai itu. Setelah di sedari oleh guru itu dan belum sempat guru itu untuk menarik anak itu ke darat, tiba-tiba anak itu tenggelam ke dalam sungai. Dengan perasaan cemas guru itu mencari-cari anak itu tetapi tidak berjumpa. Setelah puas mencari guru itu tidak dapat berbuat apa-apa dan beliau berfikir mungkin anak itu telah mati dan di bawa arus.
Guru tersebut merasa kesal di atas perbuatannya kerana mengajak anak tersebut bersiar di tepi sungai. Fikirannya buntu tidak dapat memikirkan bagaimana untuk memeberi tahu emaknya tentang kehilangan anak tersebut, dia takut dimarahi oleh wanita itu di atas kecuaiannya. Dengan perasaan yang tidak menentu itu, tiba-tiba ia teringat tentang syeikh Sariy seorang ulamak tempat ibunya mengaji, mungkin syeikh tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Tanpa membuang masa guru itu terus kerumah Syeikh Sariy untuk memohon bantuannya menyelasaikan masalah kehilangan anak kepada wanita, muridnya.
Setibanya di sana Guru itu menceritakan kepada Syeikh Sariy tentang kehilangan anak kepada wanita itu, dia memohon supaya mencari jalan bagaimana untuk memberi tahu ibunya tentang kehilangan anaknya. Syeikh Sariy mengajak kawannya Al-Junid yang kebetulan berada disitu untuk pergi ke rumah wanita itu dan sama-sama membantu supaya wanita itu tidak mengamuk atau memaki hamun guru itu diatas kecuaian yang menyebabkan anaknya tenggelam di dalam sungai.
Apabila tiba di rumahnya Syeikh Sariy dan Al-Junid mengajarnya tentang kesabaran yang perlu dihadapi kerana ia adalah dugaan Allah, jika sesuatu musibah yang menimpanya ia adalah takdir Allah semata-mata. Wanita itu kehairanan tentang tingkah laku Syeikh Sariy dan kawannya Al Junid. Wanita itu berkata kepada Syeikh Sariy "Apakah sebenarnya yang berlaku? sehingga tuan-tuan menceritakan tentang perkara yang telah saya ketahui". Syeikh Sariy berterus terang dan menceritakan tentang kehilangan anaknya yang telah tenggelam ke dalam sungai semasa anaknya bermain-main bersama-sama gurunya di tebing sungai Dajlah.
Mendengar keterangan tersebut wanita itu berkata dengan perasanan tenang "Insya Allah, Tuhan tidak akan membuat sedemikian kepada aku". Wanita itu mengajak mereka supaya menunjukkan tempat kehilangan anaknya. Mereka menuju ke tebing sungai dan apabila sampai di sana guru itu menunjukkan tempat anaknya tenggelam. Kata wanita itu "Apakah kamu pasti bahawa anakku hilang di sini" Jawab guru itu "Benar di sinilah dia tenggelam dan saya tidak sempat untuk mememegang tangannya ketika ia tenggelam". Lalu wanita itu menyeru nama anaknya "Hai anakku Muhamammad" beberapa kali, tidak lama kemudian anaknya menjawab "Ibu, Saya ada disini". wanita itu terus turun kedalam sungai lalu menghulurkan tangannya ke dalam air dan menarik keluar anaknya. Syeikh Sariy, Aljunid dan Gurunya hanya terpegun melihat keajaipan yang berlaku di hadapan matanya. Syeikh Sariy berkata "jika kita memberi tahu kepada orang, tentu mereka tidak percaya". Jawab Aljunid "Benar kata tuan, keajaipan tidak diperolehi oleh semua orang, kecuali mereka yang benar-benar takwa dan patuh kepada Allah , maka Allah akan mengurniakan kelebihan kepada mereka".
Wanita tadi memelok anaknya dangan penuh kegembiraan. Mereka terus beredar dari situ untuk pulang kerumahnya dan tinggallah Syeikh Sariy, Aljunid dan Guru di situ. mereka berbincang- bincang tentang keramat yang diberikan Allah kepada wanita itu. Syeikh Sariy berkata "Wanita itu telah mendapat alamat bahawa anaknya masih hidup semasa ia berkata bahawa Allah tidak akan membuat sedemikian kepadanya" Mereka bertiga pun beredar dari situ dengan membawa kenangan yang tidak dapat di lupakan dan mereka bersyukur kepada Allah diatas kebesaran dan kekuasaanNya dan segala yang berlaku diatas muka bumi ini adalah di atas ketentuanNya.

Wednesday, June 25, 2008
Bagaimana Nak Dapat Cek Adsense Lebih Cepat?
bagaimana nak dapatkan cek adsense dengan lebih cepat lagi..........kali ini saya hanya nak menceritakan satu setting yang boleh membantu anda mendapat check dengan lebih cepat lagi. Caranya mudah sahaja, anda tukarkan bahagian delivery daripada 'Standard kepada 'Express'. USD25 akan ditolak dari akaun adsense anda nanti. jika anda menggunakan pilihan yang standard ia akan mengambil masa diantara 4-6 minggu untuk cek tersebut sampai kepada anda, tapi untuk pilihan express ia cuma mengambil masa 5-10 hari sahaja. Cara ini sesuai jika anda memerlukan wang dengan lebih cepat lagi. Pertukaran cek adsense ke bank tempatan pula mengambil masa 6-8 minggu.Selain itu banyak lagi setting yang akan saya terangkan nanti didalam produk '7harimahiradsense' antaranya setting mana yang lebih banyak klik? adakah text atau image dan sebagainya, bagaimana meningkatkan lagi CTR dan banyak lagi..jika mohd belum mendaftar akaun adsense, saya juga ada menyediakan satu panduan mendaftar akaun adsense dengan mudah. sila dapatkan secara percuma di http://7harimahiradsense.com/panduan-daftar-adsense.pdf
Salam sukses,
Salam sukses,
Tuesday, June 24, 2008
PENAWAR KASIH
” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”
Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.
” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?
” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.
Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”
Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.
Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.
Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya.
Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu.
Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja.
Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. ” Abang Wan beli apa?” soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan.
” Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu,” ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak… mati aku. Mau bengkak satu badan ni.
” Kenapa wak?” soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. ” Takde apa-apalah. Saya okay jer…” balasku menutup kelemahan diri. Ahh… lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu.
” Ehh… awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah… saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni…” balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh… mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke?
” Mak Long bagi tahu ek?” serkapku pula. Dia tersenyum. ” Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu,” sampuk Nazmir.
Hah! Biar betul?
” Kak Leeya tak percaya ke?”
Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah swt pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah… indahnya kurniaanMu ini.
Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. ” Leeya nak ikut mak Long tak?” sapa mak Long yang datangnya entah dari mana.
” Ke mana?” soalku pula.
” Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu…”
” Kalau tak ikut takpe ke?” balasku lambat-lambat.
” Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah.”
Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari.
Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur.
Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir.
Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya… buah hatiku di hujung talian.
Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini?
Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long.
” Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie… Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu…”
Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa!
Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami.
Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia?
” Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?” tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. ” Errrm… boleh abang duduk sini?” pintanya lagi.
Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. ” Duduklah… nie kan tempat awam.”
” Memang tempat awam… tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke… kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari,” ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu?
” Dah memang lari pun…” Entah dari mana kekuatan… lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu.
” Maaf…”
” Bukan salah Leeya. Salah abang!”
Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti.
” Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue… Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh…”
Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. ” Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?” marahku.
” Maaf… Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang… inilah permulaan kebahagiaan abang…”
Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie…
” I love you since first time I see you!”
” Wan!”
” Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini… tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa… terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima… Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang… Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu…”
Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.
” Assalamualaikum…”
Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. ” Waalaikumsalam…”
” Kata check out jam 9… buat ape lagi kat sini?” tanyaku.
” Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?”
Aku mula tak tentu arah.
” So… nak balik ke tak nie?” tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya.
” Mestilah nak! Beg mana?” ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku.
” Beg? Takde…” jawabku pendek.
” Marahkan abang… lari sehelai sepinggang jer ek…”
Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.
Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh lilylover.

Monday, June 23, 2008
Sahabat Sejati
SINOPSIS : Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, “Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya.”
Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”. Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida.Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.”Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study,” Zuraida merengek.
Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. “Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah.”Zuraida mencebik. “Awak tido rumah sape pulak malam ni?”
“Rumah, err.. rumah.. Huda.” Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi “Down Under” ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.“Awak nak ikut, Zuraida?” Hayati cuba menghangatkan suasana.Muka Zuraida terus berubah ceria, “Boleh juga!”
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat “supportive”, dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut “duty roster” rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.
“Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!” kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.Zuraida melihat jadual bas, “Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m”Hayati mengangguk, “Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang”Zuraida sengih lagi.
“Awak tau tak…” Zuraida memulakan bicara.“Tak tau, hehe” Hayati berlawak.“Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu..” Zuraida terus merajuk.“Alah, awak ni.. Saya gurau je..” Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
“Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya…..” belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
“Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?” Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah “pull-over” kereta kecilnya yang berwarna merah. “Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni”“Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?” tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.
“Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne.” Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, “Yati, ni lagu untuk awak.” Hayati senyum, “Terima Kasih”. Sufiah pula mencelah, “Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?”. Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
“Ku biarkan pena menulisMeluahkan hasrat di hatiMoga terubat segalaKeresahan di jiwaTak pernah ku ingini”
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau”
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.Benarlah seperti nasihat Kak Elin, “sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.”
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
“Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ,” getus Zuraidah dalam hati.Hayati melihat “rear-view mirror”, ternampak muka Zuraida yang serius.Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar “handphone”nya.Hayati menaip sms, “Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe.”Sufiah membuat “announcement”, “Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya.” Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, “Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands.” Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat. “Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak “outing” berdua,” Hayati mengajak Zuraida.Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, “Jom dok kat tepi jeti tu..”
Hayati mula bicara, “Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan….”Zuraida tersenyum sahaja.Hayati bicara lagi, “Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih….”
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
“Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak,” kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.Hayati mengangguk, “Cakaplah..”“Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya.” Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, ” Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. ” Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
“Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,” Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
“Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan,” Hayati mula meluahkan isi hatinya.
Zuraidah berkata, “Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah..”Hayati menyambung, “Betul? Kosong-kosong!”Zuraidah pula berkatai, “Kosong-kosong!”
“Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!” Hayati mula meng”list-out” perjanjian di antara mereka.
“Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita “fastabiqul khairat”, mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe..” Zuraida menyambung.
“Lillahi ta’ala!” Zuraida dan Hayati menyebut kalimah “kerana Allah ta’ala” serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.“Jom makan aiskrim ni dah cair!!” Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.“Hehe..” Hayati tergelak kecil.“Er… kita nak tido mana ye malam ni?” Zuraida bertanya.“Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah” jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang “sporting” dan lucu.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.
Jauh di mata, dekat di hati…

Wednesday, June 18, 2008
AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil."Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu."Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan menyedihkan."Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?"Panggil ibunya segera," kata saya.Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri."Kenapa ni?" tanya saya.Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas.""Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," = kata saya berterus terang.Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal."Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.""Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada mereka.Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di = syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum = itu."Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya kasar."Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si = ibu."Ahhh, saya tak kira.""Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara = Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit = yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil = dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya."Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan."Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih = kurang pukul 10 pagi.Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering."Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal = berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing = beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya = terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah = dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak = bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah = sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan = hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan = yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan = keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata = putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana = duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya = mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman = perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari = perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara = serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, = dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah = shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, = Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau = kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori = kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat = kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang = membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan =di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah = yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke = atasnya.Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham."Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.""Apa masalahnya itu?" tanya saya."Kubur adik saya berlubang ustaz."Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula."Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, = masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham."Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan = majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh = hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah = keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.semua ada hikmahnya....
Tuesday, June 10, 2008
SI BOTAK DAN SEEKOR KUCING
Bangunan kolej POLPOT kembali riuh dan kecoh. Juman dan Otroman berlari menaiki tangga ke tingkat tiga blok pelajar perempuan berdekatan dengan laluan ke Dewan Fantarius."Perjuangan apa yang kau orang mahu tegakkan? Kau orang kata mahu bawa islam tapi kau orang koyak flyers kami. Ini bukan cara adil. Islam tidak mengajar kezaliman macam kau orang buat ini," teriak Mimi seorang siswi tidak bertudung melayu islam yang gubra apabila dapat menangkap tiga siswi bertudung labuh sedang mengoyak flyers mereka berkenaan dengan agenda parti Putih Telur."saudari mimi sebenarnya sudah keliru dengan perjuangan parti yang saudari sertai. Agenda Parti Putih Telur adalah bertentangan dengan syariat islam. Agenda parti saudari dan ideologi yang kalian cuba terapkan di universiti kita ini merupakan agenda sesat! Maka wajar sahaja flyers kalian dikoyakkan," kata siswi bertudung labuh bernama Alia Maisarah itu."arghh..bosan dengan hukum-hukum kau orang yang bobrok dan barua. Kau orang pertikai agenda kami, padahal kami bukan bawa ajaran songsang. kami bawa agenda kerajaan negara kita negara Fisfusfos yang merdeka ini. Ini agenda pembangunan. Ini agenda yang benar dan tepat." mimi masih tidak berpuas hati. Kadang kala tangannya menggenggam erat penumbuk."flyers ini sesat. agenda kalian sesat. kerajaan fisfusfos juga sesat." Alia Maisarah terus pertahan pegangan pendirian dari partinya iaitu parti Kuning Telur.Juman dan Otroman sampai. Terlihat oleh mereka 6 siswi sedang bertengkar. 3 dari Parti Putih Telur. 3 dari Parti Kuning Telur. Juman menarik nafas lelah. Demam pilihanraya kampus sudah kian terasa. Pertentangan hangat dan pergaduhan begini memang sering berlaku saban tahun di univeristi Hahaha itu."bertenang semua adik manis... apa yang gaduh-gaduh ini?" tanya Juman yang lebih menghalakan lirikan matanya pada Alia Maisarah dari Parti Kuning Telur.Alia Maisarah tidak menjawab malah dikeluarkan flyers dari partinya yang terisi di dalam begnya itu dan dilekatkan terus di papan rujukan blok itu menggantikan tempat flyers parti Putih Telur."Juman,awak tengok betapa bongkaknya mereka! Kita tampal flyers yang sah,padahal flyers dia orang haram.Mana ada kelulusan HEP" kata mimi menjebik-jebikkan bibirnya.Juman menelan air liur. Comel juga si Mimi ini fikir Juman. Otroman terus menguis lengan Juman apabila melihat mata Juman sedang menjamah rakus potongan badan Mimi yang montok itu."Uish,Juman. Kau buat apa?" bisik Otroman."weh anda-anda si gadis bertudung labuh sekalian.." panggil Juman apabila melihat Alia dan rakan-rakannya mahu beredar dari situ."kau orang tahukah kau orang dah melanggar peraturan pilihanraya kampus," kata Juman.Alia menoleh."pergi mati sama kalian punya peraturan. kau orang selama menjadi barisan MPM langsung tidak menjalankan kepimpinan menurut syarak. kau orang langsung tak mahu pertimbangkan batas-batas hukum dalam islam dalam program anjuran kalian. Percampuran bebas dan keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa islam di universiti ini telah bernanah dan menular. apa penting lagi peraturan itu? jika kau orang sendiri tidak menurut peraturan Allah."Alia kembali membuka langkah untuk beredar."Heh. Apa pula yang kau orang dah laksanakan sepanjang jadi parti pro pembangkang? Selain membangkang saja, ada kau orang membantu?" sindir Juman.Alia kembali berpatah balik menghadap muka Juman depan berdepan. Tapi masih ada jarak yang dihadkannya."Kalianlah golongan zalim. Kalian mahu bantuan? kata sajalah kalian tidak tahu memimpin aspirasi mahasiswa mahwsiswi di universiti kita ini. Kalian main kotor dalam pilihanraya kampus. Kalian buat macam-macam peraturan bahlul. sekat sana sekat sini. mana demokrasi pilihanraya? mana kebebasan bersuara?"Alia mula meninggi suara. Kadang kala air matanya bergenang bertakung namun entah bagaimana air mata itu kering kembali."kau nak bebas macam mana? Islam sendiri meletakkan batas-batas. Kebebasan bersuara apa yang kau orang mahu? Demonstrasi? Memorandum? Bangkangan? huru hara? naik motor laki pompuan menjerit-jerit demokrasi dan takbir? kau orang yang permainkan islam. kau orang yang zalim," kata Juman bermuka menjelik. Lagaknya ada sedikit berbeza dari imej sebentar tadi. Sudah mula terlihat ketokohannya."OOO.. kau persoalkan isu-isu itu. ya.. demonstrasi kami mahu. Kami mahu suara dan pandangan kami didengar. Itu kebebasan yang kami mahu. Tapi kalian sekat. kalian apa kurangnya ,malah lagi teruk. Pemimpin kalian pun ber couple. berdua-dua bermadu asmara di bukit cinta di sana. cari semak samun jadi port. Peluk sana peluk sini. Gesel sana gesel sini sampai tak ada nilai maruah dan agama. Ini yang kau mahu banggakan!" kata Alia sudah menengking. Sambil telapak tangannya menghala ke arah Mimi.Mimi terasa api membahang dalam dirinya. terasa Alia mahu perkecilkan iman dan islam nya kerana berimejkan ranggi. Dia fikir Alia tiada hak untuk tentukan iman dan islamnya. Dia marah. Marah pada semua perempuan bertudung labuh. Dia benci."kau hina mimi... kau fikir kau itu mulia sangat! ayu sangat dengan tudung labuh kau!kau pun bukannya mulia sangaaaatttt!!" jerit Juman pula. Ada riak syaitan pula di wajahnya kali ini.Pertengkaran itu akhirnya menarik perhatian seluruh warga POLPOT.Mereka mula mengerumuni lokasi pertengkaran di tingkat tiga itu. Ahli kedua-dua parti telah pun berhimpun dan bermulalah balas membalas hujah. Ada yang bangkit mengungkit kes-kes keruntuhan akhlak,ada yang mengaitkan isu-isu politik luar. Yang penting kedua-dua pihak sudah bermula hina menghina antara satu sama lain. Bermacam-macam perkataan yang buruk-buruk keluar lagi kedua-dua belah pihak,bercampur aduk dengan nas-nas quran dan hadis dan bertempiaranlah maruah,moral,akhlak,disiplin,keintelektualan dan bermacam lagi yang patut ada pada diri seorang mahasiswa.Ahli-ahli parti Putih telur ada yang beraksi bagai tabiat mat rempit,samseng,mafia,gangster dan tidak kurang juga ahli parti Kuning Telur yang walaupun ada yang berkopiah dan bertudung labuh juga beraksi bagai pakcik tua yang mengamuk hilang bini, kadang kala serupa saja kedua-dua belah pihak.Pergaduhan itu meleret dan berpanjangan hingga berlaku insiden tumbuk menumbuk,dan ada aksi kejar mengejar dengan motor,kereta,lori,basikal, dan ada juga aksi marathon jalanan.suasana kolej Polpot sudah serupa perang dunia. Campur tangan pengawal keselamatan dan beberapa pihak tua universiti juga tidak dapat meredakan keadaan itu.Tatkala itulah Raja Syaitan bernama Krongnom dimaklumkan oleh bala tentera syaitan yang menghasut pergaduhan itu bahawa Raja Krongnom mesti turun padang. Raja Krongnom pun turun padang dan menghembuskan aura kesyaitanan yang masuk dengan senang ke dalam diri setiap individu di kolej itu. Namun aura itu tidak dapat tembus sebuah bilik di blok siswa.Bilik nombor 13.Raja Krongnom bertitah,"siapakah gerangan yang ada di dalam bilik itu sehingga tidak pula aura beta tembus malah pandangan beta tidak celus melihatnya?"Bendahara Bon Jovi pun menjawab," adapun di dalam bilik itu tinggallah seorang botak bersama seekor kucing kurap yang kelaparan.Dia menjumpai kucing kurap itu di jalanan dan hampir mati saja lagaknya. Si Botak telah mengutip kucing itu lalu dibersihkannya bulu kucing itu dan dirawatnya kurap-kurap yang ada pada si kucing. Malah diberikannya pula makanan yang sedap-sedap kepada si kucing berupa nasi lemak Mak Bedah, ayam percik Haji Gonggon, nasi dagang,nasi goreng,nasi ayam,nasi tomato, kuah pasta la Dealova,laksa penang...""cukup-cukup!! " jerit Raja Krongnom."arahkan bala tentera syaitan kita untuk menyerbu masuk ke bilik nombor 13 itu!" arah Raja Krongnom.Maka berbondong-bondonglah bala tentera syaitan menyerbu bilik nombor 13 itu. '13' itu nombor hantu,tapi entah kenapa apabila syaitan-syaitan itu berubah bentuk menjadi hantu jembalang pun masih tidak boleh tembus bilik itu.Hatta seekor syaitan berubah bentuk menjadi Pontianak lawa berwajah maya karin pun masih belum berjaya tembus. Sehinggalah seekor syaitan berubah menjadi Apek senario barulah pintu 13 itu terkuak. Maka keluarlah si Botak.Si Botak tersenyum.Syaitan-syaitan semua berasa hairan dan aneh.Lalu bertanyalah syaitan yang telah berubah menjadi Apek senario tadi, "mengapakah tuan hamba tersenyum? tidakkah tuan hamba sedar kami ini bala tentera syaitan yang mahu tembus bilik ini supaya dapat menghasut hati tuan hamba menjadi kerasukan seperti mahasiswa dan mahasiswi yang lain yang sedang bergaduh sekarang.""oohh..ada gaduh-gaduh ke? Idok ler teman tau. Teman nak ke toilet sebentar. sekejap yer. Ghaser nak berok pulak lepaih makan sate kajang Haji samuri tadi bersama si kucing kurap. Hehe," kata si Botak selamba badak.setelah 15 minit menunggu di luar toilet,barulah syaitan-syaitan tadi dapat melihat kemunculan si botak semula."wooosshhh... lega... alhamdulillah. hehe," sengih si Botak.Maka syaitan yang berupa apek senario pun berkata," bolehkah kita memulakan pertarungan?""oohh..boleh sangat..hehe.. haa meh ler.. meh.." kata si Botak yang sudah membuka kuda-kuda.Maka seekor demi seekor syaitan itu menyerang. Tetapi habis semua dipelangkung oleh si botak dengan mudah. aksinya tidak ubah seperti Tony Jaa dalam filem Ong Bak saja. Ada yang terpulas kepala,ada yang di ketuk dengan siku,ada yang senak terkena lutut,dan bermacam lagilah hukuman-hukuman penangan yang diberikan oleh si Botak kepada bala tentera syaitan itu.Maka bertempiaranlah lari semua syaitan apabila si Botak menghembuskan bacaan-bacaan dari kalam Allah di dalam al quran yang berupa ancaman-ancaman dari Allah buat syaitan yang dilaknat.Serupa Kame Hame Ha,meletup bercahaya dari bacaan-bacaan si Botak hingga Raja Krongnom juga lari terkedek-kedek balik bersembunyi di singgahsananya di lubang tandas awam yang kotor lagi jijik.Adapun melihatkan syaitan-syaitan semua sudah lenyap,tidaklah pula pergaduhan di kolej Polpot itu reda. begitulah manusia, syaitan dah berhenti merasuk tetapi manusia masih terasuk. kadang kala berlagak lebih syaitan dari syaitan.Si Botak memeluk kucing kurapnya lalu pergilah menuju ke tingkat tiga lokasi asal pergaduhan itu.Alia dan Juman masih tidak berhenti bertengkar. Ahli-ahli kedua-dua parti juga tidak berhenti lagi bertengkar. Pot pet pot pet bising huru hara haru biru merimaskan.Lalu si Botak datang berdekatan mereka berdua."bertenang." kata si Botak.mereka masih tidak berhenti."bersabar." kata si Botak.mereka masih tidak berhenti." siapa bercakap dia berak tak basuh." kata si Botak.Akhirnya semua senyap.Berpandang sesama sendiri. Masing-masing kelihatan terpinga-pinga. Sememangnya mereka tidak pernah melihat si Botak itu. Apatah lagi si kucing kurap yang dipeluk oleh si Botak."Baiklah,begini sajalah. Semua yang islam pergi ambil wuduk dan berkumpul di masjid universiti dalam kiraan 10 minit. Bagi sesiapa yang tak mengaku islam boleh balik tidur. Masalah ini akan selesai dalam kiraan satu khutbah sahaja." kata si Botak.Semua masih tidak bergerak."Siapa tak bertindak dia berak tak basuh."kata si Botak.lalu bertempiaran semua ahli kedua-dua parti mengambil wuduk dan bergegas ke masjid universiti.Tetapi tidak semua. Yang main kejar mengejar,yang bertumbuk tumbuk masih meneruskan aksi-aksi luar biasa mereka kerana tidak sampai pada mereka arahan si Botak itu. Cuma yang ada di tingkat tiga itu saja yang duduk dalam masjid universiti.Setelah masing-masing menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka berapat-rapatlah mereka duduk dengan diasingkan siswa dan siswi dengan sebuah tirai.maka berdirilah si Botak untuk memulakan khutbahnya.Setelah memulakan dengan nama Allah dan berselawat maka berkatalah si Botak,"Mula-mula mari kita renung diri kita semula. Kita semua masuk universiti untuk apa? Apa beza universiti dengan sekolah menengah? apa beza universiti dengan sekolah rendah? Apa beza mahasiswa universiti dengan orang yang tak masuk universiti? Adakah kalian berfikir bahawa orang berilmu itu sama dengan orang tidak berilmu?"masing-masing mula kembang kempis hidung."bersikaplah seperti orang yang berilmu selayaknya."masing-masing tunduk."samakah kita dengan pakcik-pakcik yang bergaduh parang di kampung? tidak sama bukan. Mahukah kita sama dengan pakcik-pakcik,ayah-ayah kita yang tua yang suka habiskan masa cakap itu cakap ini tapi masalah tidak juga selesai? mahukah kita jadi begitu? tidak mahu bukan? siapakah kita semua ini? kita semua ialah pemuda pemudi harapan bangsa dan umat islam yang kini menagih kemenangan dan kegemilangan umat islam kembali supaya maruah agama dan maruah umat kita tidak tercela dan senang diperkotak katikkan.""kita ialah bangsa kebangkitan yang langkah kita bijak. kita ialah bangsa generasi baru yang tindakan kita hikmah. kita ialah kaum dan golongan baru yang lahir ke dunia ini untuk bawa kembali kesejahteraan. kita ialah the little caliph..chewahh cakap omputeh laks..huhu... kita ialah khalifah... khalifah Allah di muka bumi.""kita ialah bersaudara. mengapa tidak sebarkan salam antara kita. meh meh bagi salam dan bersalam sesama sendiri balik.." arah si Botak.maka semua pun bersalam-salam. Yang siswi ada yang berlaga laga pipi. Mimi yang lengkap bertelekung juga bersalam dengan Alia."kita kena faham apa itu perjuangan. Tidak salah ada perbezaan. Tidak kisah kalau mahu berpilihan raya. Tapi adalah salah jika kita mengapi-apikan permusuhan. Adalah salah jika yang kita hadirkan ialah huru hara. Hingga menjemput bala tentera syaitan hadir dalam perjuangan kita. Apa kejadah?""Ad Din itu nasihat. Mengapa kita malu untuk memberi nasihat. Mengapa kita malu untuk berdakwah dengan akhlak dan kasih sayang. mengapa kita malu untuk merapatkan silaturrahim. Mengapa kita malu untuk melebarluaskan lagi persaudaraan islam. mengapa kita tidak mahu bertaaruf sesama kita. mengapa tidak mahu menghubungkan nilai taaruf dengan bangsa dan kaum lain walaupun berlainan agama. mengapa kita malu untuk berjuang menjadi orang baik. Dan berbuat baik dengan sesiapa saja hatta musuh kita. Jika musuh kita sakit,pergilah ziarah. Kta bukan mahu pergaduhan. kita bukan mahu peperangan. Kita bukan mahu persengketaan. Kita mahu perdamaian. Bukankah islam itu bererti aman sejahtera. Peace man. Peace!""mengapa kita malu untuk menerima nasihat. mengapa kita malu untuk mendengar kritikan. Mengapa kita malu untuk bermuhasabah diri kita. mengapa kita tidak mahu melihat diri kita yang kadang kala buruk itu kita terlepas pandang,maka kita perlukan orang lain menegur akan buruk kita. oleh itu bermuhasabahlah.""jika benar kita tidak jalankan kepimpinan yang baik,maka kita bermuhasabahlah dan perbaikilah kelemahan kita itu. Mengapa kita sering menutup pintu muhasabah tetapi kita cuma buka pintu tidak puas hati dengan pihak lain. tidak puas hati dengan pihak yang mengkritik kita dan tidak puas hati dengan kelemahan kita yang dilihat orang. Padahal patut kita bersyukur ada orang peringatkan kita. maka perbaikilah diri dan organisasi kita."" manakah yang lebih kita suka? menjadi orang yang jilat menjilat perempuan atau menjadi orang yang baik melindungi perempuan?manakah kita lebih suka..menjadi seorang yang berzina,berduaduaan,menonton porno,jadi bodoh,jadi bebal, atau menjadi anak soleh yang membaiki diri dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayah?""jika kita nampak kelemahan orang,kita bukan kritik mengkritik saja, tapi bukankah lebih baik jika kita ada ilmu maka dikongsi ilmu kita,bagi cadangan, bagi panduan,""manakah lebih baik antara bertengkar dan menuding jari siapa yang salah dan tidak buat kerja dalam menangani satu satu isu atau bekerjasama,duduk semeja berfikir bersama,dan berganding bahu menyelesaikan masalah""bukankah masing-masing dari kita mahu masalah yang ada selesai?""bukankah kita bersaudara""bukankah kita berpegang kepada panduan dan petunjuk yang sama.""adakah salah jika kita bermusyawarah dengan baik dengan hati yang ikhlas mahu menyelesaikan masalah. Tidak kisahlah siapapun pemimpin yang memimpin kita sekarang,walaupun dia cuma hamba, adakah musyawarah dan kerjasama adalah jalan yang memalukan perjuangan islam?"dan seterusnya bla bla bla khutbah yang disampaikan oleh si Botak.Maka insaflah semua siswa dan siswi itu.Kemudian mereka keluar dari masjid dan menuju kepada setiap individu yang bergaduh. Apa yang mereka lakukan ialah sebarkan salam,berikan senyuman dan bacakan petunjuk dari kalam-kalam Allah. Lalu mereka huraikan kalam-kalam itu dan mengajak bermuhasabah diri dan merenung diri.Maka teresak-esaklah menangis setiap dari mereka. Lalu siswa berpeluk sesama siswa dan siswi berpeluk bersama siswi. Hari itu bergenanglah lautan air mata keinsafan maka terpancarlah cahaya rahmat dan berkat Allah ke seluruh kolej Polpot.Tahun itu pilihan raya Universiti Hahaha sangat berlainan dari sejarah pilihanraya kampus. setiap kempen tidak ada mencela maki malah dipuji-puji pula ahli parti lain malah diajak untuk bersangka baik. Kandang kala kempen itu dijalankan serentak diatas satu pentas,malah calonnya menyuruh mengundi calon yang lain malah ada malu-malu pula. Semuanya ceria dan gembira. Dan pilihanraya kampus itu tidak langsung menjadi satu perkara besar. Perkara besar ialah perpaduan dan silaturrahim. Perkara besar ialah dakwah islamiyah. Perkara besar ialah ukhuwah. Perkara besar ialah meningkatkan iman dan bukan meningkat kan pergaduhan.Maka segala-galanya aman damai dan lahirlah pemimpin-pemimpin baru yang ikhlas berjuang dari universiti Hahaha itu atas tarbiyyah yang mereka terima termasuklah dari aktiviti pilihanraya kampus.namun menjadi misteri hingga sekarang ialah si Botak dan kucing nya tidak lagi kelihatan setelah hari khutbah itu berlangsung. Di manakah dia? tiada siapa tahu. Yang pasti tandas awam yang menjadi singgah sana raja Krongnom pun telah bersih dan ramai yang mengepam selepas berak. Raja Krongnom terus merempat mencari singgah sana barunya.
Sunday, May 25, 2008
Panduan Mudah Dan Berkesan Mendaftar Adsense
Website http://www.7harimahiradsense.com
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
ALL RIGHTS RESERVED. No part of this report may be reproduced or transmitted in any form whatsoever, electronic, or mechanical, including photocopying, recording, or by any informational storage or retrieval system without expressed written, dated and signed permission from the author.
DISCLAIMER AND/OR LEGAL NOTICES
The information presented herein represents the views of the author as of the date of publication. Because of the rate with which conditions change, the author reserves the rights to alter and update his opinions based on the new conditions. This report is for informational purposes only and the author do not accept any responsibilities for any liabilities resulting from the use of this information. While every attempt has been made to verify the information provided here, the author and his affiliates cannot assume any responsibility for errors, inaccuracies or omissions. Any slights of people or organizations are unintentional.
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Panduan Mendaftar Adsense
Di sini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mendaftar akaun adsense. Secara ringkasnya ini ialah perkara yang akan anda ketahui di dalam panduan ini:
Cara mendaftar blog
Cara mengisi blog dengan artikel
Cara mendaftar akaun adsense
Apa nak buat kalau permohonan anda tidak berjaya
Cara mahir adsense.
Note: Sebelum Menggunakan panduan ini Pastikan anda tidak pernah di ’Ban’ oleh google.
Cara Mendaftar Blog
Sebelum mendaftar akaun adsense anda mestilah mempunyai website terlebih dahulu, untuk tujuan itu di sini kita akan menggunakan blog sebagai website. Blog adalah percuma, anda hanya perlu mendaftar dan mula menggunakannya. Terdapat beberapa perkhidmatan blog di internet, seperti blogger.com, wordpress dan sebagainya. Di dalam panduan ini saya akan menggunakan blogdrive sebagai website.
Langkah 1
Pergi ke url http://blogdrive.com/ dan pilih ‘sign-up’, anda akan di bawa ke Terms and Condition. Ini adalah peraturan menggunakan perkhidmatan blog ini. Anda pilih ‘Accept’
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Langkah 2
Kemudian anda akan dibawa ke page sign-up. Isikan ruangan tersebut dan klik ’submit’
Langkah 3
Setelah berjaya anda akan di bawa ke page berikut, masukkan user name dan password yang anda pilih tadi.
Langkah 4
Anda akan dibawa menu utama, kemudian pilih sub menu ’Create a New Blog’.
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Langkah 5
Pilih nama blog anda (nama blog biar sesuai dengan topik yang anda pilih). Sekiranya nama blog itu sudah digunakan oleh orang lain, anda boleh menambah aksara lain contohnya spyware1, spyware_1. Blog telah berjaya dihasilkan, contoh url blog ialah http://spyware1.blogdrive.com
Langkah seterusnya ialah mengisi blog tersebut dengan artikel.
Info: melalui satu akaun blogdrive ini anda boleh menghasilkan banyak blog yang lain dengan pelbagai topik. Anda hanya gunakan fungsi ’create a new blog’ jika ingin membuat satu lagi blog.
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Cara Mengisi Blog Dengan Artikel
Artikel adalah percuma, anda boleh mendapatkan artikel tersebut di pelbagai artikel direktori. Di dalam panduan ini saya akan menggunakan goarticles.com.
Langkah 1
Pergi ke url http://goarticles.com/
Lihat dibahagian kiri atas dan anda akan nampak bahagian untuk membuat carian. Masukkan keyword yang berkenaan dengan topik yang anda pilih dan klik ’Go’. Di dalam contoh ini saya menggunakan keyword spyware. Kemudian hasil carian akan terpapar, pilih 15-20 artikel. Salin artikel tersebut ke dalam Notepad. (start>run> dan taip perkataan notepad)
Langkah 2
Pergi semula ke bahagian ’Add Entry’ tadi dan masukkan artikel yang anda pilih tadi di ruangan yang disediakan.
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Setting yang lain tidak perlu diubah, kemudian klik button ’publish.’ Proses selesai, anda baru sahaja mempublish satu artikel untuk blog tersebut, ulangi proses ini setiap 2-3 hari sehinggalah website anda mempunyai 15-20 artikel. (jika lebih lagi baik)
Tip: sekiranya anda ingin mendaftar akaun adsense pada hari yang sama juga, ubah bahagian posted date ke 2 bulan kebelakang, kemudian artikel seterusnya ubah posted date kurang dari 2 bulan (dalam sebulan lebih), begitu juga seterusnya sehingga hampir ke tarikh anda mendaftar.
Penting: ruangan ’Ping Blog’ jangan pilih (checkbox), pastikan ia tidak di’select ’ .
Klik di sini untuk mengetahui bagaimana
anda boleh menambah pendapatan
sehingga RM1309.50 atau lebih dengan
menyebarkan laporan berguna ini.
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Cara Mendaftar Akaun Adsense
Setelah blog anda mempunyai banyak artikel. Kita akan mendaftar akaun adsense untuk langkah seterusnya.
Pergi ke url http://www.google.com/adsense dan pilih button ’Sign up now’, isikan maklumat tersebut dengan betul.Setelah selesai klil button ’submit information’
Note: guna blog yang anda hasilkan tadi di bahagian ’Website URL’
Copyright © 2007 7HariMahirAdsense.com - All Rights Reserved
Proses untuk mendapat kelulusan google biasanya mengambil masa 1-2 minggu, google akan menghungi anda melalui email yang anda berikan. Setelah berjaya anda boleh login ke member area dan mula meletakkan kod adsense di website anda.
Apa nak buat kalau permohonan anda tidak berjaya?
Sekiranya tidak berjaya, cuba lagi. Buat blog yang lain dengan topik yang lain pula. Ada yang mencuba 2-3 kali baru berjaya.
Bagaimana nak mahir adsense.
Saya ada menyediakan video lengkap tentang adsense. Anda boleh lawati
http://www.7harimahiradsense.com untuk maklumat lanjut. Video tutorial ini adalah untuk mereka yang masih baru dan ingin mempelajari adsense dengan lebih lanjut lagi.
Anda boleh klik di sini dan dapatkan bonus menarik
http://www.7harimahiradsense.com
Salam sukses buat anda,
Ariff
http://7harimahiradsense.com
Anda mempunyai 100% hak untuk
mengedarkan laporan ini, dengan syarat
kandungannya tidak diubah.

Wednesday, May 21, 2008
Sepotong Roti, Pengemis dan Serigala
Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israil dalam beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkannya roti itu pada mulutnya untuk dimakannya. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, “Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaja.” Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkannya kepada pengemis itu. Kemudian ia keluar ke padang belantara untuk mencari kayu. Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersama. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan. Bersegeralah perempuan itu mencari jejak serigala. Lalu Allah SWT mengutus Malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala. Diserahkannya anak itu pada ibunya seraya berkata padanya, “Hai perempuan hamba Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?” Perempuan itu menjawab, “Ya.” Terdengar suara mengatakan, “Demikianlah balasan kepada orang-orang yang mengasihani orang-orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan bagi orang yang berbuat baik.”
Saturday, April 5, 2008
Lelaki dan Perahunya
Oleh: Sunaryono Basuki Ks
Sudahkah kau mendengar kisah tentang seorang lelaki yang dikutuk menjadi batu bersama perahu dan segala isinya? Ketika Oedipus dilahirkan, orang tuanya mengirim orang untuk bertanya kepada Orakel Dephi, yang menjawab dengan jujur tentang masa depan. "Berhati-hatilah. Anak ini kelak akan membunuh ayahnya dan mengawini ibunya." Maka, ayah yang bijak menyuruh orang membunuhnya agar bencana tak bakal terjadi. Namun, que sera sera, apa yang bakal terjadi terjadilah. Si bayi yang berwajah lembut itu diselundupkan keluar kerajaan oleh pesuruh yang tak tega harus melaksanakan perintah membunuh bayi tak berdosa. Maka jadilah Oedipus pemuda yang merasa punya orang tua yang harus diabdi, kedua orang tua angkat yang tak sedarah dengannya. Lelaki muda yang berhati lembut itupun pergi ke Orakel Dephi dan bertanya: "Wahai yang bijaksana, yang mengetahui tentang apa yang akan terjadi, katakanlah padaku tentang nasibku di masa yang akan datang." "Pemuda yang gagah perkasa, berhati-hatilah, dan dengarkan baik-baik kata-kataku ini. Engkau akan membunuh ayahmu dan mengawini ibumu." "Duh, Gusti, alangkah laknat anak ini, menyudahi hidup ayahnya sendiri, dan Duh Gusti, haruskah aku menjalani nasib yang nista, yang menjijikkan dengan mengawini ibuku sendiri. Tidak! Aku harus menghindari itu semua!" Maka, tanpa mengucap pamit Oedipus lari meninggalkan negeri yang disangka negerinya. Di tengah perjalanan dia bertengkar dengan seorang lelaki yang menunggang kuda, membunuhnya, dan bertemu dengan Sphinx yang ditaklukkannya, dan disambut rakyat Thebes, jadilah dia raja baru dan mewarisi Sang Ratu yang ayu. Semua itu sudah kau dengar, dan tentang lelaki yang tak peduli tentang nasibnya di masa depan sehingga dikutuk menjadi batu, kau pun pasti sudah mendengar kisahnya. Tetapi inilah kisah tentang lelaki yang meninggalkan negerinya, mengembara ke negeri jauh sebagai awak kapal dan kemudian kembali sebagai raja kapal yang kaya raya. Pulang ke desa dia menyembah ibunya yang tua renta dan miskin, serta memperkenalkannya pada seorang putri yang dibawanya dari negeri China. "Inilah ibuku," katanya, membimbing tangan istrinya, "Bersujudlah ke ujung kakinya. Dialah perempuan yang mempertaruhkan jiwanya melahirkan diriku, menumpahkan darah di tanah kelahiranku ini." Lalu, putri ayu mencium kaki ibu mertuanya yang penuh debu, mengharap restu dan kasih seorang ibu. "Anakku," katanya dengan suara gemetar, "siapakah perempuan yang kau bawa pulang ini?" "Dia adalah istriku, Ibu, seorang putri bangsawan dari negeri China," katanya dengan bangga. Perempuan itu matanya sudah rabun, dipandangnya perempuan ayu yang bersimpuh di depannya, rambutnya lebat hitam, terurai sampai ke pinggang. "Duh, anakku," kata perempuan itu. "Kenapa kau tak minta izinku?" "Kenapa Ibu? Tidakkah Ibu berkenan menerima putri ayu ini? Adakah cacatnya, wataknya. Lihatlah alangkah lemah lembutnya dia. Kata-katanya pun tiada ada celanya." "Berani-beraninya kau melanggar adat kita, wahai anakku." "Adat yang manakah yang tak kuturuti, ya, Ibu?" "Tidakkah pernah kukatakan padamu tentang pantangan yang sudah diwariskan oleh raja-raja kita? Tidakkah kau dengar kisah raja Jawa yang jatuh pamornya lantaran menikah dengan putri pujaannya yang adalah saudara tuanya? Kita ini bangsa muda, anakku, harus menghormati leluhur kita jauh di sana. Tulang-belulang kita belumlah kuat, tak sebanding dengan tulang istrimu. Akan hancurlah percampuran yang tak setara itu, sebab engkau menggagahi saudari tuamu sendiri." "Ampunilah anakmu ini, ya Ibu. Doakanlah agar kutukan itu tak terjadi pada kami. Kami berniat suci untuk membina keluarga yang Ibu restui. Restuilah kami agar kami dapat meneruskan garis keluarga yang sementara berhenti pada tegak hamba ini." Perempuan tua itu memegang kedua bahu putri ayu kemudian dengan suara gemetar berkata: "Bangunlah anakku. Tegaklah pada kedua belah kakimu dan pandanglah perempuan tua ini." Dengan patuh putri ayu tegak menatap wajah perempuan tua itu yang telah keriput, rambutnya yang jarang sudah berwarna putih tak bercampur hitam. Di mata perempuan itu putri ayu melihat mata ibunya, yang berlinangkan air mata. Di mata itu pula terbayang wajah ayahnya yang dengan pandangan bengis melepaskan kepergiannya bersama lelaki yang dicintainya itu. "Kalau engkau pergi, pergilah, dan jangan sekali-kali kembali menginjakkan kaki di negeri ini. Pergilah jauh bersama ombak, dan engkau akan selamanya dihempas ombak yang datang dari tengah laut, memandang jauh ke utara, memimpikan negeri yang telah kau tinggalkan, yang tak mungkin kau rengkuh kembali. Pergilah sampai halilintar nanti bergelegar dan langit terbelah mewartakan amarah para leluhurmu. Tunggulah saatnya sampai kau tak lagi dapat mengingat masa lalumu karena hatimu sudah menjadi batu bersama tangan dan tubuhmu." Alangkah kejamnya kutukan yang telah diucapkan oleh ayahnya, dan kutukan itu makin menyata di mata perempuan tua yang sekarang menjadi ibu mertuanya, seolah dia mampu menyaksikannya datang makin dekat ke arah perahu batu yang dihempas air laut di pantai dilepas sebuah pura yang terletak di sebuah bukit batu. Tubuhnya bergetar melihat kedua belah mata perempuan tua itu yang menampilkan batu karang memanjang yang selalu dihempas ombak, seolah sebuah perahu yang tiang-tiang utamanya telah patah. Di mata itu dia juga melihat badai, dan perahu yang terombang-ambing oleng dalam ayunan ombak yang tak henti-hentinya menerpa. "Tabahlah, anakku. Bagaimanapun juga, kau adalah anakku, sudah menjadi anakku sendiri, dan apa yang sudah terjadi memang harus dilakoni. Kutukan dan hukuman tak bisa dielak tetapi bisa dimohon untuk tak semena-mena menghancurkan raga dan jiwa kita. Marilah ikut ibu memohon kepada Hyang Gusti Kang Murbeng Dumadi, Gusti yang memulai menghamparkan langit dan bumi bagi kita semua. Tiada kekuatan satu pun yang dapat menandingi kekuatan-Nya yang tak terbatas, sebab manusia hanyalah ciptaan-Nya yang hanya mencoba menyamai-Nya namun mustahil dapat menjadi kekuatan yang maha raksasa. Marilah menundukkan kepala kita, ya anakku, memohon kepada-Nya agar kutuk itu diperingan dan tak sampai menghancurkan kebahagiaanmu bersama suami dan kelak bersama anak-anakmu." Lalu, mereka pun pergi ke tepi laut, dan perempuan itu duduk tepekur di pasir pantai. "Kumpulkanlah lidi dan ranting-ranting kecil, buah ceri dan ketela pelepah pisang bawalah kemari," katanya, sementara anak dan menantunya pergi melaksanakan permintaan perempuan tua itu. Lalu, dari lidi, ranting, dan pelepah pisang perempuan tua itu membangun sebuah perahu kecil, lengkap dengan tiang utama dan layar yang disobekkan dari bajunya. Di atas perahu dinaikkan seorang pelaut yang tubuhnya dibuat dari ketela dan kepalanya dari buah ceri. Lalu, mereka bertiga mendekat ke air laut. "Layarkanlah perahu ini, anakku," katanya. "Kalian berdua, layarkanlah dia." Mereka berdua berpegangan tangan dan melayarkan perahu kecil itu yang pelahan dihempas kecipak ombak kecil. Tiba-tiba langit diselimuti awan gelap yang menyungkup langit dan petir sambar-menyambar. Perahu yang mulai bergerak ke tengah itu dalam kilatan petir nampak membesar dan membesar, dan akhirnya sebuah perahu sempurna lengkap dengan tiang utama dan layar yang masih tak sempat diturunkan, oleng diterjang badai ombak. Terdengar angin dari arah utara seolah teriakan lelaki yang sedang marah, dalam aum gemuruh badai menggila. Hujan deras mengguyur sekujur badan perahu, dan terakhir kilat utama menyambar perahu, mematahkan tiang utama dan menjatuhkan layar yang tak sempat terkembang ke air laut. Dan perahu yang oleng dalam cahaya kilat dalam gelap itu berubah menjadi batu, terbujur memanjang dan terdampar di pantai di depan pura yang berdiri kokoh di bukit batu, membatu bersama penumpangnya. Ketika badai reda dan langit terang kembali, matahari menyinari batu karang yang terbujur memanjang, seolah sebuah perahu yang telah membatu. "Itulah perahu yang menjalani kutuk itu. Suara ayahmu yang murka telah hilang ditiup angin, kembali ke arah utara." Perempuan tua itu tetap bersimpuh di atas pasir. Putri ayu memegangi tubuhnya yang lesu agar tak jatuh menyentuh batu-batu tajam di pantai itu. Lelaki gagah itu duduk bersila menghaturkan sembah ke langit, bersyukur karena perahu kecil itu sudah berubah menjadi batu dan perahunya sendiri selamat memuat harga oleh-oleh untuk orang sekampung. "Kasih sayang Ibu telah menyelamatkan kami berdua. Terima kasih kami, ya Ibunda. Tidak ada yang lebih mulia dari hati seorang ibu, dan Ibu telah memberikan kemuliaan itu kepada kami berdua. Sekarang, izinkanlah kami mengemban amanat ayahanda untuk meneruskan alir darah yang sementara berhenti di tubuhku ini." Perempuan itu membuka matanya dan mencoba duduk dengan punggung tegak. "Syukurilah peristiwa hari ini, anakku," katanya dengan suara lemah. "Ya, Ibu. Kami bersyukur dapat lepas dari kutuk dan siksa," kata mereka berdua. Masih dengan suara lemah, perempuan itu melontarkan kata-kata yang menggetarkan jiwa mereka. "Tapi ini bukan akhir kisahnya, anakku. Masih ada yang akan tiba, yang lebih dahsyat, yang harus kamu tanggung berdua." "Duh, Ibu, apalagi yang akan menimpa diri kami?" "Itulah yang aku tak tahu," kata perempuan tua itu. "Tak mungkinkah kami dihindarkan sekali lagi dari malapetaka?" Perempuan itu memandang mereka dengan matanya yang tak lagi menangkap cahaya muka kedua anaknya. "Telah terkuras tenagaku, sudah tak kuasa aku menyalurkan daya ke atas dunia fana ini. Tempatku adalah para-para cahaya, tak lagi di atas batu padas dan pasir pantai. Lihatlah ke atas awan dan akan terlihat gemintang yang berkedip. Salah satu di antaranya adalah ibu, yang selalu melihatmu di kala malam, mengenang hari-hari yang sudah lewat, yang selalu merindukanmu." Dan perempuan tua itu memejamkan matanya buat selama-lamanya meninggalkan senyum yang memancarkan kecantikan jiwanya. Lelaki dan putri itu membakar jenazahnya dengan upacara yang layak dan menaburkan abunya ke laut, lalu memanggil kembali arwahnya untuk dibawa masuk ke dalam pura dalem. Lalu, peristiwa yang lebih dahsyat dari perahu yang berubah menjadi batu, kapankah akan terjadi? Lalu, peristiwa macam apakah yang akan terjadi? Dari hari ke hari keduanya menunggu peristiwa yang tak dijelaskan bentuk dan waktunya., sampai lahir putra sulung mereka, disusul oleh putri, dan putra lagi, dan putri lagi. Sampai pada suatu hari, sebuah kapal dari negeri China dengan benderanya kepala naga yang berkibar mendekati pantai di mana mereka berdua tinggal, di kampung yang baru saja tumbuh. Tak ada ombak tak ada angin dan badai, namun kapal itu berhenti jauh agak ke tengah laut. Bererapa buah sekoci diturunkan ke laut, dengan beberapa orang pelaut mengayuh sekoci itu ke pantai. "Tolonglah kami, Tuan Muda," kata lelaki itu dalam bahasa China, kepada lelaki yang kini sudah menjadi petani. Lelaki itu dapat mengingat sejumlah kata yang dipungutnya dalam kunjungannya ke negeri istrinya dan menjawabnya dengan sebuah pertanyaan: "Apa yang harus aku lakukan?" "Kapal kami terdampar. Tolonglah kami agar kami dapat melanjutkan perjalanan kami kembali." "Siapakah tuanmu, ya tamu kami." "Kami adalah anak buah Tuan Teh, Tuan muda." "Mengapa kalian datang kemari?" "Kami hanya singgah mencari putri Tuan Teh yang telah melarikan diri dengan seorang pemuda dari negeri jauh. Kami diperintah untuk membawa kembali tuan putri." "Apakah dia The Giok Nio?" "Bagaimanakah Tuan tahu?" "Akulah suami putrimu, yang telah melahirkan empat orang putra putriku. Akankah kau membawa kembali dia ke negerimu?" Para pelaut itu menghunus pedangnya bersiap hendak menyerang. Lelaki itu pun menghunus kerisnya, dan para lelaki itu undur sampai kaki mereka masuk ke dalam air laut. "Lihatlah, hai para tamuku!" kata lelaki itu, kemudian mengacungkan kerisnya tinggi-tinggi. terdengar petir menyambar dan laut mengganas dan ombak menggoncangkan kapal. Tiba-tiba langit cerah kembali dan terdengar suara teriakan dari arah perahu. Terlihat orang memberikan tanda yang mengatakan bahwa kapal mereka tak lagi terdampar. Para pelaut itu surut, undur dan menghaturkan penghormatan. "Terima kasih Tuan Muda." "Sampaikan pada Tuanmu bahwa sang putri selamat tak suatu apa dan berbahagia dengan suami dan anak-anaknya." Mereka memberi hormat dan kembali menuju sekoci yang bergegas dikayuh kembali menuju perahu. Lelaki itu seolah mendengar bisikan dari Ibu, di langit di antara bintang-bintang. Dengan memejamkan matanya lelaki itu menggumamkan: "Terima kasih Ibu, telah kau ubah kutuk menjadi perbuatan mulia. Semoga ayah mertuaku dapat menerima kenyataan ini." Dan, malam itu, di atas perahu, lelaki itu bersama istri dan empat orang anaknya diundang pesta perjumpaan dengan keluarga yang telah berpisah, jauh dipisahkan oleh lautan.***
Subscribe to:
Posts (Atom)